BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

new and tpos cartoons videos

Wan Hazel Home Wan Hazel Profile

Thursday, 23 June 2011

Please Keep this in your MIND

Pantun Persahabatan

Menguak sekawan kerbau di padang, Mengokok sereban ayam di denai, Alang berkawan biar sepanjang, Amanah dan ikhlas akan tersemai.

Mengembek pula kambing di tebing, Berjalan lurus mencari-cari, Setiasa merupakan ciri terpenting, Rakan taulan sepanjang negeri.

Memakan lada bersama kailan, Kailan dibeli di kedai sebelah, Jika ada rakan dan taulan, Kemana pergi tiada masalah.

Petani didaik bermandikan keringat, Naik jambatan tidaklah gugup, Baik budi pasti diingat, Menjadi kenangan sepanjang hidup.

Buah pauh airnya pekat, Di atas para habis binasa, Walaupun jauh terasa dekat, Kekal hubungan sepanjang masa.

Hari redup fikiran sayu, Nyah disisip pelbagai cara, Kita hidup bersatu padu, Mengamalkan prinsip Rukun Negara.

Langkah berjimat rumah di pahat, Pintu dan tangga tidak berpaku, Itulah hikmat dapat dilihat, Senang dan gembira sepanjang waktu.


0 comments: